Rabu, 14 Februari 2018

PCOS oleh Dr. Hamid Arshat



INFO DARI DR HAMID ARSHAT.

Seramai 41 pasangan kelamin datang untuk nasihat dan rawatan. Ramai yang saya dapati mengalami masalah PCOS.

Penyakit PCOS menjadi salah satu punca utama kemandulan. Semakin ramai mengalami penyakit PCOS.

Gejala2 PCOS.

✔Haid tidak teratur.
✔Jarang datang haid, 3 hingga 6 bulan sekali.
✔Bila datang haid darah keluar sedikit sahaja atau terlalu banyak dan berpanjangan.
✔Kesannya sukar hamil / mandul kerana telor sukar matang dan ovulasi jarang lagi.
✔Keguguran dan sering berulang kali. ✔Sering ada kaitan dengan kencing manis.
✔Kebanyakkan penyidap PCOS juga gemok / obese.

Mengapa sukar merawat PCOS ?

1. Salah satu punca penyakit PCOS adalah cacat baka / genetic - dimana gene yang mengawal hormon subur adalah cacat sejak lahir. Tidak ada rawatan untuk membetulkan kecacatan genetic ini.
Kita bergantung dengan usaha mengubah faktor2 lain sahaja , ini pun banyak bergantung kepada azam dan kesungguhan pesakit PCOS.

2. Kegemokkan / obesity adalah faktur kedua pentingnya dalam kejadian PCOS. PCOS sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dalam keluarga. Begitu juga obesity juga dikaitkan dengan diabetes dan baka. Usaha untuk mengurangkan berat badan memang sangat sukar, mudah untuk naik berat badan , tapi hendak turun memang perlu azam dan ketabahan.

Penurunan berat badan merupakan rawatan yang terpenting bagi meningkatkan kesuburan dikalangan pesakit2 PCOS. Cara2 yang paling berkesan ialah dengan DIET, iaitu mengurangkan makanan carbohydrate dan gula, dan exercise untuk membakar lebihan gula dan lemak dalam badan.

Namun saya dapati dua perkara diatas amat sukar diamalkan olih pengidap2 pcos. Jika mereka sunggoh2 inginkan zuriat, mereka perlu kuatkan azam dan kecekalan untuk berkerja keras untuk capai matlamat.
Pengalaman saya lebih 40 tahun pengidap2 pcos lebih 90% gagal menurunkan berat badan mereka.
Mereka hanya bergantung kepada ubat2 mereka dengan harapan mereka bolih hamil tanpa usaha.

3. Tiada ubat khusus untuk PCOS, kerana ia rangkaian berbagai masalah termasuk, insulin resistance, hormone imbalance antara FSH / LH, hormon testosterone tinggi, estrogen tinggi, progesterone rendah, Akhirnya sel2 benih/telor tidak dapat dimatangkan.

Seringkali ubat subur clomid dengan dose tertinggi diperlukan (200 - 250 mg), dan jika gagal ubat gonadotrophin secara suntikan diperlukan dan ubat ini sangat mahal harganya, sedang kadar kejayaan hanya 30% sahaja.

4. Kegunaan ubat2 supplement bolih membantu untuk kurangkan berat badan, kurangkan insulin resistance seterusnya mengurangkan gula dalam badan, mengurangkan hormon testosterone.

Saya sering beri pesakit2 ubat adipex, metformin, black cohosh (remifemin) dan saw palmetto.Perlu diingat pesakit2 PCOS tidak bolih bergantung kepada ubat2 tersebut terlalu lama, munkin antara 3-6 bulan sahaja.

5. Saya nasihatkan makan banyak buah2 dan sayuran serta ulam2. Makanan yang banyak mengadungi bahan2 pengawet, perisa dan pemanis perlu dijauhkan termasuk fast dan junk foods. Segala kebaikkan saperti vitamins, antioxidants, logam dll adlah terkandung dalam buah2, sayur2 dan ulam2.

6. Jangan mudah putus asa, teruskan usaha sampai hamil.Perubahan dalam caragaya hidup sangat penting terutama tabiat makan dan pilihan jenis makanan yang berzat dan berkhasiat. Pilih makanan yang segar/fresh tanpa diperoses, tanpa pengawet, perisa dan pemanis. Lakukan gerak tubuh/exercise , munkin buat jogging 30 minit sehari. Lakukan breathing exercise/yoga untuk relxation, hilangkan stress dengan baca quran dan berzikir.

7. Cuba buat IUI apabila ada telor matang selepas makan clomid dos tinggi, ini munkim bolih menambah peluang untuk hamil. Biasanya jika ada pematangan telor kehamilan akan berlaku secara spontan tanpa memerlukan IUI.

8. Laparoscopic ovarian drilling , ia itu satu kaedah pembedahan untuk menyuburkan ovary perlu dilakukan jika tiada pematangan telor walaupun dengan clomid dos tinggi. Rawatan ini dapat  menurunkan tahap hormon testosterone yang sering menganggu pematangan telor.

Selepas ovarian drilling amalan pemakanan yang berzat dan berkhasiat amat penting ; ubat subur clomid dos tinggi masih diteruskan selama 3 pusingan haid. Peluang hamil lepas rawatan ini 40-50 %.

9. Bayi tabung uji atau IVF munkin bolih dicuba sebagai langkah terakhir, itu pun kalau berjaya merangsang pematangan telor.
…...............................................................................

Nota tambahan:

Ekstrak Kacip Fatimah UTM

Secara Generalnya Ekstrak Kacip Fatimah mengandungi phytoestrogen hormon utk seimbangkan hormon bdn wanita, dan menstabilkan period. Ekf selamat diamalkan oleh pesakit pcos utk stabilkan balik hormon dalam badan.

Untuk info lanjut tentang ekstrak kacip fatimah UTM, boleh buka info tentang kacip fatimah UTM dalam blog ini.

Atau boleh Whatsapp
0145350265 taip "EKFU"

wasap.my/60145350265/EKFU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan