Rabu, 14 Februari 2018

PCOS oleh Dr. Hamid Arshat



INFO DARI DR HAMID ARSHAT.

Seramai 41 pasangan kelamin datang untuk nasihat dan rawatan. Ramai yang saya dapati mengalami masalah PCOS.

Penyakit PCOS menjadi salah satu punca utama kemandulan. Semakin ramai mengalami penyakit PCOS.

Gejala2 PCOS.

✔Haid tidak teratur.
✔Jarang datang haid, 3 hingga 6 bulan sekali.
✔Bila datang haid darah keluar sedikit sahaja atau terlalu banyak dan berpanjangan.
✔Kesannya sukar hamil / mandul kerana telor sukar matang dan ovulasi jarang lagi.
✔Keguguran dan sering berulang kali. ✔Sering ada kaitan dengan kencing manis.
✔Kebanyakkan penyidap PCOS juga gemok / obese.

Mengapa sukar merawat PCOS ?

1. Salah satu punca penyakit PCOS adalah cacat baka / genetic - dimana gene yang mengawal hormon subur adalah cacat sejak lahir. Tidak ada rawatan untuk membetulkan kecacatan genetic ini.
Kita bergantung dengan usaha mengubah faktor2 lain sahaja , ini pun banyak bergantung kepada azam dan kesungguhan pesakit PCOS.

2. Kegemokkan / obesity adalah faktur kedua pentingnya dalam kejadian PCOS. PCOS sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dalam keluarga. Begitu juga obesity juga dikaitkan dengan diabetes dan baka. Usaha untuk mengurangkan berat badan memang sangat sukar, mudah untuk naik berat badan , tapi hendak turun memang perlu azam dan ketabahan.

Penurunan berat badan merupakan rawatan yang terpenting bagi meningkatkan kesuburan dikalangan pesakit2 PCOS. Cara2 yang paling berkesan ialah dengan DIET, iaitu mengurangkan makanan carbohydrate dan gula, dan exercise untuk membakar lebihan gula dan lemak dalam badan.

Namun saya dapati dua perkara diatas amat sukar diamalkan olih pengidap2 pcos. Jika mereka sunggoh2 inginkan zuriat, mereka perlu kuatkan azam dan kecekalan untuk berkerja keras untuk capai matlamat.
Pengalaman saya lebih 40 tahun pengidap2 pcos lebih 90% gagal menurunkan berat badan mereka.
Mereka hanya bergantung kepada ubat2 mereka dengan harapan mereka bolih hamil tanpa usaha.

3. Tiada ubat khusus untuk PCOS, kerana ia rangkaian berbagai masalah termasuk, insulin resistance, hormone imbalance antara FSH / LH, hormon testosterone tinggi, estrogen tinggi, progesterone rendah, Akhirnya sel2 benih/telor tidak dapat dimatangkan.

Seringkali ubat subur clomid dengan dose tertinggi diperlukan (200 - 250 mg), dan jika gagal ubat gonadotrophin secara suntikan diperlukan dan ubat ini sangat mahal harganya, sedang kadar kejayaan hanya 30% sahaja.

4. Kegunaan ubat2 supplement bolih membantu untuk kurangkan berat badan, kurangkan insulin resistance seterusnya mengurangkan gula dalam badan, mengurangkan hormon testosterone.

Saya sering beri pesakit2 ubat adipex, metformin, black cohosh (remifemin) dan saw palmetto.Perlu diingat pesakit2 PCOS tidak bolih bergantung kepada ubat2 tersebut terlalu lama, munkin antara 3-6 bulan sahaja.

5. Saya nasihatkan makan banyak buah2 dan sayuran serta ulam2. Makanan yang banyak mengadungi bahan2 pengawet, perisa dan pemanis perlu dijauhkan termasuk fast dan junk foods. Segala kebaikkan saperti vitamins, antioxidants, logam dll adlah terkandung dalam buah2, sayur2 dan ulam2.

6. Jangan mudah putus asa, teruskan usaha sampai hamil.Perubahan dalam caragaya hidup sangat penting terutama tabiat makan dan pilihan jenis makanan yang berzat dan berkhasiat. Pilih makanan yang segar/fresh tanpa diperoses, tanpa pengawet, perisa dan pemanis. Lakukan gerak tubuh/exercise , munkin buat jogging 30 minit sehari. Lakukan breathing exercise/yoga untuk relxation, hilangkan stress dengan baca quran dan berzikir.

7. Cuba buat IUI apabila ada telor matang selepas makan clomid dos tinggi, ini munkim bolih menambah peluang untuk hamil. Biasanya jika ada pematangan telor kehamilan akan berlaku secara spontan tanpa memerlukan IUI.

8. Laparoscopic ovarian drilling , ia itu satu kaedah pembedahan untuk menyuburkan ovary perlu dilakukan jika tiada pematangan telor walaupun dengan clomid dos tinggi. Rawatan ini dapat  menurunkan tahap hormon testosterone yang sering menganggu pematangan telor.

Selepas ovarian drilling amalan pemakanan yang berzat dan berkhasiat amat penting ; ubat subur clomid dos tinggi masih diteruskan selama 3 pusingan haid. Peluang hamil lepas rawatan ini 40-50 %.

9. Bayi tabung uji atau IVF munkin bolih dicuba sebagai langkah terakhir, itu pun kalau berjaya merangsang pematangan telor.
…...............................................................................

Nota tambahan:

Ekstrak Kacip Fatimah UTM

Secara Generalnya Ekstrak Kacip Fatimah mengandungi phytoestrogen hormon utk seimbangkan hormon bdn wanita, dan menstabilkan period. Ekf selamat diamalkan oleh pesakit pcos utk stabilkan balik hormon dalam badan.

Untuk info lanjut tentang ekstrak kacip fatimah UTM, boleh buka info tentang kacip fatimah UTM dalam blog ini.

Atau boleh Whatsapp
0145350265 taip "EKFU"

wasap.my/60145350265/EKFU

PolycystIc Ovary Syndrome (PCOS)

‼️Apa itu PCOS?‼️

➡️ 'Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

➡️Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.

➡️Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.


‼️TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS‼️

🌼1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin - masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.


🌼2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.


🌼3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.


🌼4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan.
Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.


🌼5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini.


‼️PUNCA PENYAKIT PCOS‼️
Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon.

Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH - tinggi, hormon estrongen - tinggi, hormon progesterone - rendah, hormon progesterone - rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Penyakit PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO.

Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCO.


‼️TUJUAN RAWATAN‼️

🌹1. Tingkatkan kesuburan
Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan.

🌹2. Betulkan kitaran haid
Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.


‼️ANTARA RAWATAN PCOS‼️

✔️1. Mengawal Kegemukan (Obesity)
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik.


✔️2. Meningkatkan Kesuburan Wanita
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti:


✔️a. Ubat subur Clomiphene

Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.

✔️b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin
Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.


✔️c. Ubat Metformine
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan.


✔️3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´

Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.



Namun begitu, wanita yang mengalami masalah PCOS, haid tak teratur, sukar hamil, hormon tak stabil dan masalah dalaman lain, boleh juga dirawat dengan herba seperti ekstrak kacip fatimah UTM.

Ekstrak kacip fatimah yang dikeluarkan dan penyelidikan oleh Universiti Teknologi Malaysia yang dijamin kualitinya. Pemantauan ketat oleh pakar bertauliah.

Ekstrak yang mudah larut air dan tiada serbuk akar. InsyAllah membantu merawat masalah PCOS dan masalah lain.